Monday, March 30, 2009

Jangan Bersedih, Bacalah Kaedah-kaedah Menuju Bahagia

Ketahuilah bahawa jika anda tidak dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang ke mana-mana. Seterusnya, semua urusan menjadi kacau-bilau serta kecemasan dan kedukaan anda akan menjadi lebih banyak. Inilah makna sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari.
Bila engkau berada pada petang hari, janganlah menunggu datangnya waktu pagi.


2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.

3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan himgga datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat hara diri anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah, beramal soleh adalah kehidupan baik dan bahagia.

6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah.

7. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha' dan qadar.

8. Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.

9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.

11. semua ketentuan Allah (qadha') bagi seorang muslim adalah baik baginya.

12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13. Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.

14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.

15. Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17. Sesungguhnya akan setiap kesulitan terdapat kemudahan.

18. Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara remeh.

19. Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya.

20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah!

21. Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air, dan bayangan.

22. (Dan, di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.) (Adz-Dzariyat:22)

23. Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.

24. Pada orang-orang yang tertimpa musibah itu adalah suri teladan.

25. Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka.

26. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.

27. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.

28. Tinggalkanlah semua deasa-desus dan jangan percaya kepada khabar angin.

29. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang menimpa daripda bahaya yang akan menimpa pihak lawan.

30. Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.

Sunday, March 29, 2009

Jangan Bersedih Bila Seseorang Menyakiti Anda

1. Tanyakan pada diri anda: Apa kemungkinan terburuk yang akan terjadi?

2. Persiapkan diri anda untuk menerima dan menghadapinya.

3. Kemudian, hadapi dengan tenang untuk menjadikan kemungkinan terburuk itu menjadi lebih baik.

(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
(Ali Imran:173)

Renungan:
Firman Allah Subhanahu wa Taála di dalam surah Ah-Thalaq, ayat 3:

..... dan, barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.... (Ath-Thalaq:3)

..... Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. (Ath-Thalaq:7)

Rasulullah Shallallahu álaihi wasallam bersabda:

Ketahuilah, bahawa pertolongan itu datang sesudah kesabaran; kelapangan datang sesudah kesulitan; dan kemudahan datang sesudah kesulitan.

Dalam sebuah hadis qudsi Allah Ta'ala berfirman:

Aku sesuai persangkaan hambaKu terhadapKu, maka silakan dia berprasangka terhadapKu sesuai kehendaknya.

Firman Allah Subhanahu wa Taála:

..... maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah:137)

Dan bertawakallah kamu kepada Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati..... (Al-Furqan:58)

..... mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya)
atau sesuatu keputusan dari sisiNya.....
(Al-Maídah:52)

Tidak ada yang menyatakan terjadinya hari itu selain Allah. (An-Najm:58)

Al-Husain bin Mathir Al-Asdi berkata:

Bila Allah memudahkan urusan
tentu semua menjadi mudah
yang keras menjadi lembut
yang sukar menjadi senang.
Berapa banyak orang tamak
yang tidak memenuhi keperluannya
berapa pula masa mendatangkan berita gembira.
Berapa banyak penakut
menjadi menakutkan dan mengerikan
berapa banyak orang yang hemah menjadi kaya
dan berapa banyak peristiwa yang manis
menjadi pahit.
Sungguh dunia menipu
orang kaya boleh jadi fakir
sedang orang fkir boleh jadi kaya
setelah melalui kesulitan.
Dan berapa banyak yang telah kita saksikan
orang hidup dalam kekotoran,
sedangkan lainnya menjadi suci
setelah membersihkan kotorannya.